JENAYAH & MAHKAMAH

Larian promosi LGBT: Kerajaan negeri tidak terlibat, minta polis siasat

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor menegaskan bahawa acara larian pelancong berpakaian songsang di Kota Tinggi bukan anjuran pihaknya mahupun mana-mana agensi kerajaan di negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri Johor.

“Setelah berhubung dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penganjur, objektif penganjuran acara tersebut bukanlah seperti yang dinyatakan dan kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan pihak penganjur.

“Kerajaan negeri memandang serius terhadap isu ini dan telah meminta siasatan lanjut dijalankan oleh pihak PDRM,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan acara yang mencetuskan isu yang menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam serta menjatuhkan imej negeri Johor secara keseluruhan.

“Kerajaan Negeri berharap agar isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan dan mengancam keharmonian negeri serta kesucian agama Islam,” ujarnya.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri Penawar Fauziah Misri dilaporkan memohon agar pihak berkuasa menyiasat mengenai program itu dengan beliau difahamkan acara asalnya merupakan Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 yang dianjurkan sebuah persatuan.

Bagaimanapun beliau berkata menerusi gambar-gambar yang tular didapati peserta program terbabit berpakaian tidak sopan malah ada yang separuh bogel dan mempromosi LGBT.

Tular gambar menerusi laman sosial memaparkan mengenai acara larian itu termasuk persembahan tarian di sebuah hotel di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

Terdahulu, tular satu video berdurasi tujuh saat dan beberapa gambar menerusi laman sosial memaparkan mengenai acara larian itu termasuk persembahan tarian di sebuah hotel di Bandar Penawar, Kota Tinggi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button