Lagi kes curi minuman keras ke penjara
MELAKA – Seorang pekerja kilang dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh selepas mengaku bersalah mencuri 12 tin minuman keras di sebuah kedai serbaneka, minggu lalu.
Tertuduh, Muhamad Zulhilmi Sholehat, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani seperti dilaporkan Buletin TV3, hari ini.
Selepas meneliti fakta kes dan alasan kedua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua bulan terhadap Muhamad Zulhilmi bermula tarikh dia ditangkap.
Mengikut pertuduhan, dia bersama rakannya, Muhammad Shahirul Azri Mohd Shamsuri, 29, dituduh mencuri 12 tin minuman keras bernilai RM83.80 milik sebuah syarikat serbaneka di Jalan Ong Kim Wee jam 2.10 petang, pada 3 Disember lalu.
Kes dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda.
Dalam kejadian semalam, sepasang suami isteri di negeri ini dikenakan hukuman penjara selepas didapati bersalah mencuri beberapa barang termasuk minuman keras dalam tin di sebuah kedai serbaneka di Pasaraya Lotus Cheng, Taman Paya Rumput Utama, Melaka tahun lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








