Jenayah & Mahkamah

Kes tumbuk wanita, anggota tentera dibebas dengan jaminan polis

SEREMBAN – Anggota tentera yang dirakam  menumbuk seorang wanita di Persiaran Senawang 4, kelmarin dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan kes berkenaan juga telah diserahkan kepada Bukit Aman.

Tambahnya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis semalam, setelah keterangannya selesai diambil.

“Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ini kerana suspek adalah penjawat awam,” katanya, hari ini.

Insiden ini menjadi perhatian ramai apabila video aksi suspek tular di media sosial.

Kejadian berlaku ekoran lelaki berkenaan berang lalu menumbuk pemandu wanita kereta Perodua Axia yang didakwa melanggar anaknya ketika melintas jalan, malam kelmarin.

Akibat kejadian, wanita itu dipercayai mendapat kecederaan lebam di rusuk kanan dan bengkak di bahagian belakang kepala selain kereta juga mengalami kerosakan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button