JENAYAH & MAHKAMAH

Kes serang Balai Polis Ulu Tiram: Lima ahli keluarga suspek dituduh di mahkamah

JOHOR BAHRU – Lima ahli keluarga suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada 17 Mei lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas sembilan pertuduhan berasingan, termasuk menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Bapa lelaki berkenaan, Radin Imran Radin Mohd Yassin, 62, berhadapan empat pertuduhan termasuk Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) iaitu menggalakkan perbuatan pengganas dengan menanam ideologi keganasan kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Fahaman itu didakwa telah disemai kepada semua anggota keluarganya membabitkan Radin Luqman, 21, suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram; isterinya serta tiga anaknya yang lain.

Selain bapa suspek, turut dituduh di mahkamah hari ini adalah ibunya, Rosna Jantan, 59, yang juga warga Singapura, dan tiga lagi adik beradiknya iaitu Radin Romyullah Radin Imran, 34; Farhah Sobrina Radin Imran, 23, dan Mariah Radin Imran, 19.

Anak lelaki sulungnya berdepan dua pertuduhan manakala isteri dan dua anak perempuan Radin Imran pula masing-masing dikenakan satu pertuduhan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button