JENAYAH & MAHKAMAH

Kes rempuhan Jalan Klang Lama, polis cari tiga lelaki

KUALA LUMPUR – Polis sedang giat memburu tiga suspek yang disyaki terbabit dalam insiden dua kenderaan merempuh sekumpulan individu dengan sengaja di hadapan sebuah pusat hiburan di sini, Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, ketiga-tiga suspek tersebut sudah dikenal pasti dan semakan mendapati kesemua mereka mempunyai rekod jenayah lampau.

“Sehingga kini belum ada tangkapan baru dibuat atas kes tersebut. Usaha mengesan mereka sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, semalam.

Identiti tiga individu yang diburu itu dikenal pasti terdiri daripada M Devindran berusia 25 dengan alamat terakhir di Taman Seri Bayu Morib, Banting, Selangor dan M Ranjith, berusia 19 tahun dengan alamat terakhir di Lot 307, Jalan Raba, Banting.

Suspek ketiga pula dikenal pasti sebagai M Lavindran berusia 27 tahun dengan alamat terakhir di Jalan Raja Nala 12, Taman Intan, Kapar, Selangor.

Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara kumpulan suspek dengan mangsa ketika berhibur.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob dalam satu kenyataan Khamis lalu berkata, pihaknya sudah menahan lima individu yang dipercayai terbabit dalam insiden itu bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button