
Kes rayuan Syed Saddiq: Bella minta doa terbaik
PUTRAJAYA – Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik berhubung pendengaran rayuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang dihadapi oleh ahli Parlimen Muar itu.
Bagaimanapun, Bella yang diiringi oleh seorang pengawal peribadi wanita itu enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai prosiding yang berlangsung pada hari ini.
“Saya tak boleh komen sebab saya nak menghormati keputusan mahkamah, jadi kita tunggu esok ya,” katanya kepada pihak pemberita ketika ditemui di luar Istana Kehakiman di sini hari ini.
Terdahulu, Bella dilihat keluar secara beriringan bersama Syed Saddiq dari Istana Kehakiman sekitar pukul 3 petang dengan ditemani beberapa individu.
Ditanya adakah kehadirannya ke mahkamah hari ini kerana diajak oleh Syed Saddiq atau atas dasar persabahatan, Bella secara ringkas menjelaskan ia atas semua faktor.
“Semuanya. Wakil (dari) Primavalet pun datang juga,” katanya.
Bella juga dijangka hadir sekali lagi esok ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Mahkamah Rayuan hari ini mula mendengar hujahan daripada pihak pembelaan Syed Saddiq berhubung sabitan dan hukuman berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim berkata, mahkamah akan mendengar hujahan daripada pihak perayu terlebih dahulu yang kemudian hujahan daripada pihak pendakwaan selaku responden esok.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |