HIBURANJENAYAH & MAHKAMAH

Kes perceraian Nora-Dr Rushdi berlarutan ke proses hakam

SHAH ALAM – Kemelut rumah tangga antara penyanyi, Datuk Nora Ariffin dan suaminya, Dr Rushdi Ramli terus menemui jalan buntu apabila proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini hari ini gagal mencapai kata sepakat, sekali gus akan dibawa ke peringkat hakam.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, 52, berkata, suaminya kekal bertegas enggan menceraikannya meskipun beliau telah memenuhi semua permintaan sebelum ini.

“Kes kami (perceraian) kini bakal diteruskan pula ke proses hakam kerana Dr Rushdi masih kekal dengan pendiriannya sebelum ini.

“Saya dah buat apa yang perlu dan saya juga sudah tunaikan segala permintaan, malangnya kuasa talak bukan di tangan wanita,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Nora hadir ke mahkamah tanpa peguamnya, Sarah Mohd Ali, sebaliknya ditemani kakak angkat yang juga wakil dilantik bagi sesi JKP tersebut, Rafeah Ariffin.

Penyanyi Hanyalah Satu itu turut menyatakan keinginan untuk segera keluar daripada persekitaran yang dianggap toksik.

Beliau juga menegaskan tidak mahu mengaitkan keluarga isteri pertama Dr. Rushdi dalam kemelut rumah tangganya.

BACA : Nora akui bakal bercerai, akur permintaan anak tiri

“Saya tak nak komen fasal keluarga isteri pertama, saya cuma nak sentuh tentang isu saya sahaja. Terserah merekalah,” katanya ringkas.

Menurut ibu kepada empat anak itu, beliau tetap dengan pendirian untuk bercerai dan enggan menarik balik permohonan yang difailkan pada 21 April lalu.

Nora dan Dr Rushdi melangsungkan perkahwinan pada tahun 2021.

Tarikh sebutan kes bagi proses hakam ditetapkan pada 3 September depan.

Berhubung soal nafkah, Nora hanya menyatakan ringkas: “Setakat ini fasal nafkah, apa saya boleh kata cuma, alhamdulillah.”

Krisis rumah tangga mereka menjadi perhatian umum pada 12 Ogos tahun lalu selepas Nora memuat naik video suaminya melafazkan cerai.

Pasangan itu kemudian rujuk, namun dakwanya campur tangan pihak luar berterusan sehingga mendorong beliau memfailkan permohonan perceraian.

Nora berkahwin dengan Dr Rushdi yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada akhir 2021.

Sebelum itu, beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 sebelum suaminya meninggal dunia akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button