JENAYAH & MAHKAMAH

Kes Nuraina Humaira: Remaja direman tujuh hari

SUNGAI SIPUT – Seorang remaja lelaki dikenakan tahanan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Allahyarham Nuraina Humaira Rosli, 10.

Perintah reman ke atas remaja berusia 17 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nurul Asyifa Redzuan.

Suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Sungai Siput kira-kira 8.30 pagi diiringi anggota polis.

Remaja tersebut ditahan pada kira-kira pukul 5.30 petang semalam setelah laporan bedah siasat dijalankan ke atas mangsa menunjukkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan dan kecederaan akibat tekanan pada bahagian leher.

Dengan penemuan itu, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol sebelum dibunuh.

Terdahulu, jasad Allahyarham Nuraina Humaira ditemukan sekitar jam 4.20 petang kelmarin hasil operasi mencari yang digerakkan selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat.

Jasad murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu itu dijumpai dalam keadaan terbaring di satu kawasan berpaya berhampiran perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, dekat sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button