JENAYAH & MAHKAMAH

Kes lafaz cerai ditangguh, Puteri Sarah dakwa Syamsul minta pengurangan nafkah

KUALA LUMPUR – Kes lafaz cerai pasangan selebriti, Syamsul Yusof, 39, dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38, yang dijadualkan berlangsung hari ini di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur terpaksa ditangguhkan kepada 25 Mei depan.

Menurut Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul di dalam prosiding berkata, proses hari ini tidak mencapai persetujuan disebabkan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dijalankan sebelum ini tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili Syamsul ketika ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu, katanya, keputusan Puteri Sarah yang enggan menggugurkan kes terhadap Ira Kazar dan keluarganya juga menjadi punca utama kes hari ini tidak mencapai kata sepakat.

“Kami terpaksa membantah cara pengendalian JKP dan Kami nyatakan kepada Hakim bahawa Majlis Jawatankuasa Pendamai tersebut telah dijalankan secara berasingan dan tidak menepati akta yang ditetapkan.

“Sepatutnya JKP itu dijalankan secara serentak maksudnya pengurusi suami isteri dan wakil-wakil harus berjumpa secara serentak Kerana satu pihak tidak tahu apa yang pihak lagi satu itu nyatakan

“Apabila kami menyerahkan draf perjanjian kepada Puteri Sarah, kami dapati ada beberapa perubahan yang telah dibuat. Antaranya dia (Puteri Sarah) masih lagi mahu teruskan kes terhadap Ira Kazar dan keluarganya. Dia juga menuntut Mut’ah yang tinggi dan harta-harta lain yang tidak disepakati sebelum ini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Puteri Sarah ketika ditemui menafikan dakwaan yang mengatakan dia meminta jumlah yang terlalu tinggi sebaliknya, dia menegaskan tidak akan menuntut harta sepencarian.

“Mula-mula kita sudah berjumpa tapi ada beberapa yang Sarah tidak setuju, pertama dia nak suruh Sarah tarik kes terhadap keluarga Kazar ? Sarah tidak akan tarik kes untuk apa Sarah berjuang selama ini?

“Yang kedua dia minta pengurangan tuntutan nafkah. Tolonglah.. tidak sampai satu juta pun Sarah minta sebab Sarah tahu dia mampu,” jelasnya.

Ditanya secara terperinci berapa banyak jumlah pengurangan tuntuan nafkah tersebut, Puteri Sarah tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, namun katanya, pengurangan tersebut adalah sebanyak 30 peratus.

Terdahulu, pada 18 April lalu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button