BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kes Kartini : Penjawat awam ditahan reman di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pagi ini

HULU SELANGOR – Individu yang merupakan penjawat awam dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pagi ini untuk ditahan reman berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 26.

Suspek yang memakai baju lokap tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.50 pagi tadi dengan menaiki kenderaan polis.

Mayat Allahyarham Nur Farah Kartini ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada pukul 6 petang semalam.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu dipercayai selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan yang menggunakan khidmat syarikat tempat dia bekerja.

Mangsa berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir arwah dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button