JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh Manisha: Tiga suspek disambung reman 7 hari

SEPANG – Tiga suspek pembunuhan seorang penuntut wanita sebuah universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu, disambung reman selama tujuh hari lagi.

Permohonan sambung reman itu dibenarkan oleh Majistret Khairatul Animah Jelani bermula hari ini hingga 10 Julai.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek terbabit dilihat tiba dengan berpakaian lokap dan bergari ke Mahkamah Majistret Sepang, di sini pukul 8.40 pagi menaiki kenderaan polis.

Minggu lepas, seorang wanita yang juga penuntut sebuah universiti swasta di Cyberjaya, ditemukan mati dipercayai dibunuh dalam bilik asramanya.

Berdasarkan siasatan, rakan serumah mangsa yang juga kekasih suspek utama menyerahkan kad akses dan kunci rumah berkenaan kepada lelaki terbabit untuk tinggal di kondominium itu sebelum kejadian.

Pada 27 Jun media melaporkan, tiga suspek kes pembunuhan di Cyberjaya, direman tujuh hari hingga 3 Julai.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button