JENAYAH & MAHKAMAH

Kes bunuh Manisha: Suspek ada ‘niat tidak baik’ kepada mangsa

SHAH ALAM – Suspek utama kes pembunuhan pelajar wanita universiti swasta di Cyberjaya, Selasa lalu dipercayai mempunyai ‘niat tidak baik kepada mangsa’.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 20-an itu bermalam di rumah mangsa selepas diberikan kunci dan kad akses unit kondominium berkenaan oleh kekasihnya yang merupakan rakan serumah mangsa.

Katanya, semasa kejadian lima lagi rakan serumah tiada di rumah termasuk kekasih suspek, lapor Kosmo.

“Polis didapati kes ini lebih kepada suspek mengambil kesempatan ke atas mangsa tinggal bersendirian di apartmen itu.

BACA JUGA:
[KEMAS KINI] Polis buru suspek bunuh pelajar IPT di Cyberjaya
Kes bunuh penuntut universiti di Cyberjaya: 3 termasuk dua wanita diberkas
Tiga suspek kes bunuh pelajar IPT di Cyberjaya direman tujuh hari
Kes bunuh Manisha: UoC gantung dua pelajar

“Suspek memang ada niat tidak baik terhadap mangsa ini. Jadi bila ada peluang pada waktu kejadian pada malam 24 jun itu dipercayai suspek telah mengambil kesempatan terhadap mangsa dengan memukul gunakan objek sehingga menyebabkan kematian terhadap mangsa, ” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan apa maksud tidak baik tersebut dengan perkara itu masih dalam siasatan pihaknya sambil menegaskan berdasarkan keterangan patologi tidak mengesan sebarang aktiviti rogol tersebut.

“Namun, polis masih meneruskan siasatan untuk mencari sebarang aktiviti seksual atau rogol ke atas mangsa,” katanya.

Beliau turut memberitahu, suspek turut mencuri beberapa barang kepunyaan milik mangsa termasuk kad mesin pengeluaran automatik (ATM) dan telefon bimbit.

Difahamkan, beberapa barangan tersebut sudah dibuang namun suspek sempat mengeluarkan wang sebanyak RM200 menerusi kad ATM mangsa.

“Dia (suspek) telah gunakan kad ATM dalam RM200 untuk beli beberapa barang selepas kejadian itu.

“Suspek tidak mempunyai kerja yang tetap bermakna dia mengambil kesempatanlah dengan mengambil barang mangsa untuk kegunaannya,” katanya lagi.

Dalam kejadian Selasa lepas, Maniishapriet Kaur Akhara, 20, ditemukan maut dalam unit kondominium yang dijadikan asrama dengan kesan hentakan tumpul dikepala.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button