
Kes bunuh ibu dan anak, suami warga asing direman
ALOR SETAR – Seorang lelaki warga asing dikenakan perintah tahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh isteri dan anak perempuannya.
Suspek berusia 43 tahun itu direman sehingga 26 Ogos bagi membantu siasatan kes yang diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Terdahulu, lelaki terbabit yang memakai baju lokap berwarna jingga dilihat keluar dari lokap mahkamah kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.
Terdahulu, suspek ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang, di sini pada kira-kira pukul 9 malam tadi susulan penemuan jaad dua mangsa di dalam longkang belakang bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini petang semalam.
Laporan media sebelum ini mengesahkan dua jasad yang ditemukan itu adalah seorang wanita dewasa dan anak perempuannya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad, mangsa yang masing-masing berusia 34 dan 10 tahun itu ditemukan di dalam longkang dengan kesan kelar pada leher.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





