Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Kes buli MRSM Nibong Tebal mungkin gurauan tapi polis tetap siasat

KEPALA BATAS – Walaupun insiden buli melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Nibong Tebal mungkin hanya gurauan sesama pelajar, polis tetap meneruskan siasatan dan menjalankan proses perundangan yang sewajarnya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, siasatan menyeluruh dilakukan sebelum menyerahkan kertas siasatan lengkap kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan melibatkan keterangan daripada semua pihak berkaitan termasuk pelajar terlibat, kakitangan sekolah, serta laporan perubatan mangsa telah disempurnakan sepenuhnya.

“Kertas siasatan sudah kita serahkan kepada TPR pada 10 April lalu. Berdasarkan siasatan, kejadian yang berlaku pertengahan tahun lalu hanya berlaku sekali dan difahamkan mungkin sekadar gurauan.

“Namun begitu, siasatan tetap diteruskan bagi memastikan tiada unsur jenayah terlepas pandang,” katanya.

KES buli pelajar melibatkan pelajar sebuah MRSM di Pulau Pinang turut mendapat liputan meluas dan menerima pelbagai kritikan daripada masyarakat berhubung kejadian tersebut.

Terdahulu, satu video berdurasi 1 minit 31 saat tular di media sosial menunjukkan seorang pelajar dibuli di dalam asrama, dipercayai berlaku di MRSM Seberang Perai Selatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button