BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Keracunan makanan di Gombak, 15 individu telah diambil keterangan

GOMBAK – Seramai 15 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes keracunan makanan yang mengakibatkan dua mangsa maut selepas makan makanan daripada satu acara di sebuah sekolah agama di Sungai Cincin di sini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, individu berkenaan membabitkan penganjur acara, ahli jawatankuasa, pengetua sekolah dan penyedia makanan.

“Mangsa lain yang mengalami keracunan makanan pula dalam tindakan untuk dirakam percakapan mereka hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian minggu lalu, seorang remaja dan seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas memakan makanan yang dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing dari satu Program Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Daerah Gombak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kejadian melibatka 105 individu yang mengalami sakit perut, pening dan muntah-muntah.

Katanya, siasatan mendapati terdapat bakteria Salmonella dalam sampel najis yang diambil dari kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button