BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Pejalan kaki dirempuh kereta terbabas masih hilang

KUALA LUMPUR – Seorang pejalan kaki dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Ipoh menghala ke Bulatan Kepong, di sini pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu melibatkan dua buah kenderaan yang dipandu warga asing.

“Siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Nissan Sylphy yang dipandu lelaki warga Bangladesh berusia 39 tahun meluncur arah PPR Batu Muda dan melanggar bahagian hadapan kanan sebuah Toyota Camry yang dipandu wanita warga Vietnam berusia 43 tahun dari arah Batu Kentomen.

“Semasa mmpelanggaran itu, kenderaaan Nissan Sylphy itu merempuh seorang pejalan kaki yang berada di kawasan berkenaan sebelum terjatuh ke bawah jambatan dan tersangkut pada celahan konkrit serta saluran paip besi.

“Pemandu Nissan mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut, manakala pejalan kaki disyaki tercampak ke dalam sungai masih belum ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Sentul; Jinjang dan Hang Tuah; bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta pasukan JSPT Kuala Lumpur.

Beliau turut menjelaskan kenderaan dipandu suspek tidak berdaftar atas namanya.

“Langkah mengesan pemilik berdaftar kenderaan sedang dijalankan bagi melengkapkan siasatan dan membolehkan tindakan sewajarnya diambil mengikut lunas perundangan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek akan ditahan untuk membantu siasatan,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button