BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kejadian pokok tumbang ragut lapan nyawa, 27 yang lain cedera

PUTRAJAYA – Seramai lapan orang maut dan 27 yang lain cedera dalam kejadian pokok tumbang di seluruh negara sejak awal tahun sehingga 31 Julai lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima 2,575 panggilan kecemasan berkaitan kejadian pokok tumbang dengan 441 kes di Selangor, 321 kes di Perak dan 264 di Sarawak.

“Daripada jumlah kes tersebut, seramai lapan mangsa telah meninggal dunia, 27 orang mengalami pelbagai kecederaan, manakala 37 orang lagi berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut JBPM, pada tahun lalu seramai 10 orang meninggal dunia dan 47 lagi cedera dalam kejadian melibatkan kejadian pokok tumbang.

Katanya, bomba merekodkan sebanyak 4,825 panggilan kecemasan melibatkan kejadian pokok tumbang di seluruh negara sepanjang tempoh itu.

JBPM berkata, pihaknya sentiasa cakna dan menguar-uarkan info keselamatan, memberi kesedaran dan pendidikan awam berkaitan langkah-langkah menghadapi musim panas dan hujan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button