Jenayah & Mahkamah

Kastam Perak rampas rokok, minuman keras mencecah RM 1 juta

IPOH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak berjaya merampas rokok dan minuman keras dianggarkan bernilai RM950,000 dalam tiga serbuan berasingan sepanjang minggu lalu.

Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, serbuan oleh pasukan Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Ipoh itu dilakukan di sebuah kediaman tidak berpenghuni di Chemor pada 4 Disember lalu.

Katanya, pasukan berjaya menemukan rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran nilai duti berjumlah RM420,940.40.

“Kesemua barangan terbabit disyaki barang belum lulus kastam. Pihak kami sedang mengesan pemilik rumah berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Ghafar berkata, serbuan kedua pula berjaya merampas 1,859.60 liter minuman keras pelbagai jenama di sebuah kedai di Gopeng pada 6 Disember lalu.

“Serbuan yang dilakukan Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Pengkalan Hulu menemui minuman keras membabitkan cukai berjumlah RM 57,276.08 yang disyaki barang belum lulus kastam.

“Seorang saksi warga tempatan berusia 22 tahun ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, serbuan ketiga dilakukan di sebuah kediaman di Johor Bahru, Johor sekitar pada 7 Disember lalu pula berjaya menemukan rokok putih dan kretek pelbagai jenama dengan anggaran cukai berjumlah RM469,802.40 yang disyaki belum lulus kastam.

“JKDM Perak telah menahan dua individu warga tempatan berusia 34 dan 46 tahun untuk membantu siasatan,” katanya.

Kesemua kes akan disiasat di bawah seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button