JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak perempuan 11 tahun dirogol bergilir-gilir 7 rakan abang

GERIK – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menjadi mangsa rogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan abangnya di Kampung Pahat Luar, di sini.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu disaksikan oleh adik mangsa berusia sembilan tahun, dan dikatakan ia sudah beberapa kali berulang sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut pada Isnin lalu jam 9.26 malam dari ibu mangsa yang berusia 36 tahun.

“Ibu mangsa telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka telah dirogol. Kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mereka yang juga adik mangsa.

“Siasatan lanjut mendapati pada 3 November lalu, sekitar 2 petang, saksi telah melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia lingkungan 13 hingga 31 tahun merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah.

“Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi rakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, saksi juga memaklumkan kejadian seumpama itu sudah berlaku beberapa kali sebelum ini. Di samping itu, difahamkan mangsa tidak pernah bersekolah.

Justeru katanya, semalam pada jam 1.51 pagi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik telah membuat tangkapan ke atas semua suspek.

Zulkifli berkata, hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 November.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button