
Kanak-kanak lemas ketika mandi di kolam renang
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di kolam renang sebuah apartment di Puchong, dekat sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada pihak hospital pada pukul 2.40 petang.
“Mangsa yang berasal dari Kampung Beserah, Kuantan, Pahang datang bercuti bersama keluarga di rumah saudara mereka di apartment berkenaan.
“Kira-kira pukul 11.30 pagi, mangsa bersama ahli keluarga turun ke kolam renang untuk mandi.
“Tanpa disedari ahli keluarga, mangsa masuk ke kolam dewasa dan kemudian ditemukan lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa yang tidak sedarkan diri dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang sebelum disahkan meninggal dunia.
Bedah siasat yang dijalankan pada pukul 9 pagi semalam mengesahkan punca kematian akibat lemas.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |