
Kanak-kanak cedera rantai diragut di Presint 11, Putrajaya
PUTRAJAYA — Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengalami kecederaan di bahagian dagu selepas menjadi mangsa ragut dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Presint 11, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Putrajaya, Superintendan Azari Miskon berkata, insiden itu berlaku pada pukul 9.46 pagi apabila seorang lelaki yang tidak dikenali mengetuk pintu rumah mangsa dengan alasan ingin bertanya mengenai bekalan air.
“Suspek meminta mangsa menyambungkan paip getah ke bilik air dan mengisi air ke dalam tong yang dibawanya. Ketika mangsa menyerahkan tong tersebut, suspek bertindak menarik rambut mangsa dan meragut rantai emas yang dipakainya di leher,” katanya dalam satu kenyataan.
Lebih mengejutkan, kejadian itu disaksikan secara langsung oleh bapa mangsa melalui aplikasi CCTV di telefon bimbitnya.
Difahamkan, bapa mangsa yang merupakan seorang pegawai penyelidik sedang berada di pejabatnya di Kuala Lumpur ketika kejadian berlaku.
Rakaman CCTV turut menunjukkan suspek memakai jaket hijau, berseluar dan bertopi hitam serta memakai pelitup muka, sekali gus menyukarkan pengecaman identitinya.
Superintendan Azari turut memaklumkan bahawa nilai kerugian dianggarkan berjumlah RM5,530 dan pihak polis kini giat menjalankan usaha untuk mengesan suspek.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pihak polis bagi membantu siasatan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |