
Kanak-kanak 12 tahun maut jatuh dari bangunan
KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu sambil berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 2.24 petang.
Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Sementara itu, berdasarkan maklumat penduduk, kanak-kanak malang itu dipercayai sedang bermain bersama adik-beradiknya di kawasan lapang di hadapan rumah.
“Jasad mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap serta tidak sedarkan diri di bawah Blok C, sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” kata sumber berkenaan.
Pemerhatian di lokasi kejadian juga mendapati tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |