BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Jurutera berputih mata, rugi RM1.16 juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud

KUANTAN – Seorang jurutera berputih mata apabila kerugian RM1.16 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham dalam talian yang tidak wujud.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berdasarkan laporan yang diterima semalam, mangsa yang berusia 36 tahun mula menunjukkan minat untuk menyertai pelaburan dalam talian pada 3 Disember lalu.

“Mangsa membuat pelaburan melalui satu platform dikenali sebagai ‘Boom-s’ yang ditemui menerusi carian di laman sesawang. Beliau telah melakukan 19 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan pelaburan mencecah RM1.16 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya menambah, pihak pengendali platform berkenaan memberikan pelbagai alasan bagi menghalang mangsa mengeluarkan wang kononnya berjumlah lebih RM4 juta sebagai pulangan pelaburan.

“Mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM15,032 sebelum tidak lagi dapat mengakses akaun pelaburan tersebut,” tambahnya.

Difahamkan, dana pelaburan itu diperoleh menerusi simpanan peribadi serta pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan-rakan

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar sentiasa membuat semakan dan penyelidikan terperinci sebelum menyertai sebarang skim pelaburan dalam talian bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button