
Pesara jururawat rugi lebih RM100,000 ditipu individu menyamar polis
KUANTAN – Akibat diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan kakitangan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), seorang pesara jururawat wanita mengalami kerugian sebanyak RM111,044.
Berdasarkan laporan semalam, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata wanita berusia 72 tahun yang berasal dari Bentong itu menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa dirinya dari MCMC pada 29 Mei lalu.
Jelasnya, suspek terbabit memberitahu penama Ong We Kiat’ terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram yang memasukkan wang berjumlah RM210,000 kepada akaun mangsa.
Baca juga : Scammer menyamar pegawai Maritim Malaysia dikesan tawar LO kerajaan
“Panggilan itu kemudiannya disambung ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan mangsa bercakap dengan Inspektor Zamri’ yang memaklumkan bahawa akaun bank milik mangsa akan dirujuk ke Bank Negara untuk siasatan lanjut.
“Kad bank dan nombor pin semua akaun bank milik mangsa perlu dibungkus dan diletakkan di hadapan halaman rumah mangsa sebelum anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong mengambil bungkusan itu.
“Mangsa mengetahui kehilangan wang selepas mendapati baki simpanan di dalam bank tiada ketika mahu mengeluarkan wang di bank yang keseluruhannya berjumlah RM111,044,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |