BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Jual produk guna gambar palsu, Noor Hisham ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan identitinya di media sosial untuk tujuan penipuan.

Beliau berkata demikian susulan penularan satu akaun Facebook palsu menggunakan nama “Tan Sri DrNoor HishamAbdullah” yang memaparkan gambarnya bagi mempromosikan produk kesihatan berjenama Bee Venom Joint Healing Cream.

Akaun palsu itu turut menyiarkan imej kononnya menunjukkan Dr. Noor Hisham sedang memegang produk tersebut, yang dipercayai dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Gambar-gambar itu kelihatan sangat nyata dan ramai yang tertipu. Ingin saya tegaskan bahawa dakwaan ini sama sekali tidak benar. Saya akan mengambil tindakan undang-undang segera terhadap mereka yang bertanggungjawab,” katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat atau promosi palsu menggunakan nama tokoh awam di platform media sosial.

“Ia perlu menjadi amaran kepada sesiapa yang terlibat dalam perbuatan jahat seperti ini. Jangan tertipu dengan maklumat palsu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button