JAWI selesai siasat kes zikir misteri di kubur
KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah selesai menjalankan siasatan terhadap insiden sekumpulan individu yang berzikir dalam keadaan mencurigakan di Tanah Perkuburan Islam (TPI) Taman Ibukota, Setapak, baru-baru ini.
Pengarah JAWI, Hanifuddin Roslan berkata, siasatan itu dijalankan mengikut arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar susulan penularan rakaman video berdurasi 23 saat yang memaparkan kejadian itu.
“JAWI telah mengambil keterangan daripada pengadu, waris, dan individu yang terbabit dalam kejadian tersebut.
“Kami juga telah merujuk isu ini kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan pandangan dari segi hukum syarak.
“Tindakan yang sesuai akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, Hanifuddin mengingatkan umat Islam agar mengelakkan diri daripada mengamalkan perkara yang boleh mencetuskan kontroversi atau salah faham dalam masyarakat.
Video kejadian yang tular pada 28 Disember lalu menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial apabila kumpulan terbabit dilihat berzikir dengan cara yang dianggap ganjil di tanah perkuburan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






