Jenayah & Mahkamah

Jabatan Penjara akan beri kerjasama penuh siasatan kematian tahanan reman di Penjara Pengkalan Chepa

PUTRAJAYA – Jabatan Penjara akan memberikan kerjasama kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan kematian seorang prospek ketika ditahan reman di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Jabatan Penjara menerusi satu kenyataan memberitahu, prospek berusia 32 tahun itu meninggal dunia pada 12 Disember lalu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), Kota Bharu, akibat pendarahan dalaman di bahagian kepala.

Kata kenyataan itu lagi, berdasarkan laporan perubatan dan siasatan pegawai penjara, Hakim Koroner mengesahkan punca kematian lelaki itu.

“Prospek diterima masuk ke Penjara Pengkalan Chepa atas kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan tiada masalah kesihatan di kesan.

Jabatan Penjara kemudiannya memberitahu, pihak keluarga prospek juga berpuas hati dengan keterangan dikeluarkan, dan seterusnya jenazah diserahkan kepada waris untuk dikebumikan.

Bagaimanapun, kata jabatan itu, satu laporan polis dibuat oleh keluarga tahanan berkaitan punca kematiannya pada 16 Disember lalu.

“Satu laporan polis kemudian dibuat berkaitan kes kematian tahanan itu oleh pegawai penjara bertugas,” katanya.

Justeru, Jabatan Penjara memohon kerjasama orang awam supaya tidak menyebarkan berita tidak sahih berkaitan kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button