Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Isteri Tun Daim tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR – Isteri bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid tiba di pekarangan Mahkamah Sesyen Jenayah 9 di sini pada jam 8.30 pagi tadi.

Na’imah dijangka didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana gagal mengisytiharkan harta.

Na’imah yang berpakaian baju kurung berwarna hijau hadir bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan peguamnya.

Pada 10 Januari, Tun Daim dan keluarganya memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman siasatan SPRM terhadap mereka.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button