Isteri maut, suami dan anak cedera kemalangan di Lebuh Raya Karak
BENTONG – Perjalanan sekeluarga tiga beranak dari Kuala Lumpur ke Kuantan bertukar tragedi apabila wanita yang juga penumpang hadapan maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 44.2 Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu daripada orang awam pada pukul 8.26 pagi.
“Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun bersama isteri dan anak perempuannya yang berumur enam tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, berpusing dan terbalik di lorong kiri,” katanya memetik laporan BH Online.
Menurut beliau, kejadian itu mengorbankan penumpang hadapan, Norhanis Ab Manan, 31 tahun yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Pemandu mengalami kecederaan ringan, manakala anak mangsa yang duduk di bahagian belakang cedera di kepala dan patah tangan,” katanya lagi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Zaiham turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong di talian 09-2222222.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






