JENAYAH & MAHKAMAH

Isteri Along Cham buat laporan polis, dakwa jadi mangsa penipuan Ika

KUALA LUMPUR – Isteri kepada Along Cham membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa penipuan ketika mahu membebaskan suaminya yang berada dalam tahanan polis.

Laporan polis itu dibuat oleh Afreena Suhaimi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dengan ditemani pempengaruh media sosial yang juga usahawan, Siti Jamumall.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Siti Jamumall mendakwa Afreena telah membayar sebanyak RM95,180 ke satu akaun perniagaan yang dipercayai ada kaitan dengan Ika.

Bagaimanapun dakwanya, wang tersebut telah dilesapkan selepas hampir RM100,000 duit dipindahkan.

Walaupun tidak kenal, niat saya beri duit sebanyak RM33,000 hanya nak bantu Afreena yang mahu membebaskan suaminya.

“Tambah pula saya faham betapa sukarnya seorang ibu mahu besarkan anak-anak sendirian.

“Berkaitan masalah hal rumah tangga mereka saya tak nak campur, cumanya memang ada bukti terdapat aliran wang sebanyak RM95,180 ke satu akaun perniagaan,” katanya.

Pada masa sama Siti Jamumall turut membuat laporan berhubung perkara sama terhadap Ika di Balai Polis Setia Alam.

Malah katanya, dia tidak berpihak kepada sesiapa, sebaliknya hanya mahu mengetahui kebenaran selepas memberikan derma sebanyak RM33,000 kepada Afreena untuk membantu Along yang masih berada dalam tahanan polis ketika itu

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button