BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Ismail Sabri hadir ke ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan kali kelima

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya buat kali kelima pada pagi ini.

Ketibaan Ahli Parlimen Bera itu kira-kira pukul 10 pagi itu adalah untuk sesi rakaman keterangan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkannya.

Ahmad Sabri yang menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dilihat tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM dengan iringan kenderaan polis.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM sudah merekodkan keterangan 36 individu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Menurut sumber, 32 saksi dan empat bekas pegawai Ismail Sabri yang ditahan sebelum ini sudah dirakam percakapan.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM sebelum ini mendedahkan rampasan berjumlah kira-kira RM170 juta membabitkan mata wang seperti Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan serta 16 kilogram jongkong emas dianggar bernilai RM7 juta.

Kesemua aset tersebut dirampas dari tiga kediaman ‘safe house’ dipercayai milik empat pegawai Ismail.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button