Insiden mercun sambut Deepavali: Dua lelaki direman tujuh hari
KULIM – Dua lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kejadian letupan mercun sempena sambutan Deepavali di tepi Jalan Paya Besar, di sini, tengah malam semalam yang menyebabkan 22 orang awam cedera.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Zulkifli Azizan, berkata kedua-dua suspek berusia 34 dan 23 tahun itu direman bermula hari ini hingga 27 Oktober bagi siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Media sebelum ini melaporkan, seramai 22 orang awam cedera termasuk seorang parah di dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Jalan Paya Besar dekat sini, tengah malam semalam.
Semua mereka dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
Hasil siasatan polis mendapati, kejadian berlaku ketika suspek berusia 34 tahun itu dalam keadaan mabuk memasang mercun secara terbalik dan suspek kedua pula membakar mercun berkenaan yang menyebabkannya meletup di bawah dan mencederakan orang awam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





