JENAYAH & MAHKAMAH

Insiden bot karam: Pemandu bot positif dadah

BESUT – Pemandu bot yang karam di perairan Pulau Perhentian Besar hingga mengakibatkan tiga pelancong maut malam tadi, dikendalikan pemandu yang positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu, ujian air kencing mendapati pemandu bot pelancong itu positif dadah jenis Benzodiazepine.

Susulan itu, pemandu bot berusia 22 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal juga mendapati berlaku pengabaian pemakaian jaket keselamatan dan perkhidmatan bot penumpang pada waktu malam yang melanggar peraturan ditetapkan Jabatan Laut,” katanya ketika satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini hari ini.

Terdahulu, tiga termasuk dua beranak, manakala seorang lagi kritikal setelah dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar kira-kira 20 meter dari resort penginapan mereka di Pulau Perhentian Besar.

Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Sarrvihka Arumugam, 3, dan bapanya, Arumugam Sativelo, 40, serta Vennpani Vijeya Raj, 10, manakala mangsa yang kritikal dikenal past sebagai Sakthivel Thamil Selvan, 6.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button