BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Patung simulasi ditunjukkan di Mahkamah Koroner

KOTA KINABALU – Suasana prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hari ini bertumpu kepada patung simulasi yang digunakan dalam siasatan, apabila saksi kelima menunjukkan replika berkenaan di hadapan Mahkamah Koroner.

Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, Inspektor Maidon Bernadus membawakan patung tersebut selepas diminta Pegawai Pengendali Inkues, Datuk Badiuszaman Ahmad.

Patung yang dibawa ke mahkamah itu kelihatan rosak dengan bahagian kepala terpisah daripada badan serta kedua-dua kaki patah. Ia digunakan dalam simulasi kejadian di asrama sekolah pada 3 Ogos lalu, memetik laporan BH Online.

Selesai menunjukkan patung, peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Allahyarhamah mengemukakan soalan mengenai latar belakang saksi serta dapatan simulasi yang dijalankan.

Maidon memaklumkan beliau mula terbabit dalam siasatan tempat kejadian sejak 2016, dengan purata lebih 10 kes setahun melibatkan kematian mengejut (SDR), kes bunuh, kes berkaitan Akta Dadah Berbahaya (ADB), pecah rumah serta curi kenderaan.

Namun, beliau mengakui simulasi yang dilakukan untuk prosiding inkues Zara Qairina adalah kali pertama sepanjang bertugas sebagai pegawai di bahagian siasatan.

Menjawab soalan peguam, Maidon turut menjelaskan bahawa sebelum menjawat jawatan Inspektor tempat kejadian, beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button