BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Ibu pukul anak di dobi ditahan polis

CHUKAI – Seorang wanita ditahan polis kerana memukul anak perempuannya berusia sembilan tahun di sebuah kedai dobi di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan pada 20 April, pukul 7.27 malam, manakala kejadian berlaku pada 16 April, pukul 3 petang.

“Kita menerima laporan satu video kejadian pukul yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita memarahi dan memukul anak perempuannya itu.

“Wanita berusia 45 tahun memarahi dan memukul anaknya kerana bimbangkan keselamatan anaknya yang berlari-lari di depan kedai dobi terbabit yang boleh menyebabkan kecederaan sekiranya dilanggar kenderaan,” katanya memetik laporan BH Online.

Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan seorang wanita memarahi dan memukul anaknya di kedai dobi.

Susulan itu, Mohd Razi berkata, polis kemudiannya menahan wanita terbabit pada 21 April dan ditahan reman sehingga 22 April.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan dan dirawat sebagai pesakit luar,” katanya.

Mangsa kini berada di bawah jagaan bapanya dan pihak polis meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button