Hujan, ribut petir diramal di beberapa negeri
KUALA LUMPUR – Cuaca tidak menentu dijangka melanda beberapa negeri dengan ramalan hujan dan ribut petir pada waktu pagi, petang dan malam hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, pada sebelah pagi, ribut petir dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala hujan diramal berlaku di beberapa kawasan di Perak dan Johor.
“Negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya pula dijangka kering.
“Sabah menyaksikan hujan di Labuan, beberapa kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat selain ribut petir di Tawau, sementara di Sarawak hujan dijangka berlaku di Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Keadaan diramal bertambah buruk pada sebelah petang apabila lebih banyak negeri diramal berdepan ribut petir, antaranya Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, selain kawasan pedalaman di Kedah, Perak, Kelantan dan Negeri Sembilan.
“Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di pedalaman, pantai barat, Sandakan dan Kudat, manakala Tawau hanya mengalami hujan.
“Sarawak pula dijangka berdepan ribut petir di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu, Kapit dan Bintulu,” menurut MetMalaysia.
Menjelang malam, beberapa kawasan masih berisiko menerima ribut petir termasuk Pahang dan pedalaman Perak.
Di Sabah, ribut petir dijangka di pedalaman dan Sandakan, manakala hujan di pantai barat dan Kudat.
Di Sarawak, hujan diramal melanda Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit.
Suhu harian pula dijangka antara 24 hingga 34 darjah Celsius dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa peka serta berwaspada dengan keadaan cuaca, terutama ketika melakukan aktiviti luar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






