BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

GISBH: Ada kanak-kanak ‘dibinkan’ Abdullah kerana tidak diketahui status

KUALA LUMPUR – Siasatan polis mendapati sebahagian kanak-kanak dari 20 rumah amal di bawah naungan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) ada yang ‘dibinkan’ dengan nama Abdullah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pemeriksaan identiti itu mendedahkan ada ibu bapa yang mendaftarkan nama berkenaan kerana tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan sama ada anak mereka atau sebaliknya.

“Siasatan mendapati, sebahagian kanak-kanak ini telah pun ‘dibinkan’ dengan Abdullah yang mana mereka tidak mengetahui status kanak-kanak berkenaan sama ada anak mereka atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Sementara itu Razarudin berkata, kesemua ibu bapa kepada 392 kanak-kanak yang diselamatkan pihaknya dari 20 rumah amal telah dikenal pasti namun masih belum tampil untuk diambil keterangan.

Katanya, antara alasan yang diberikan adalah mereka tidak mengetahui anak-anak mereka terlibat dalam serbuan polis di rumah amal untuk diselamatkan polis.

Beliau berkata, ada juga segelintir ibu bapa yang tidak mengakui anak-anak mereka terlibat kerana pihak GISBH telah mengesahkan mereka sebagai anak yatim.

Dalam pada itu, Utusan Malaysia melaporkan, Razarudin mengesahkan 96 akaun milik syarikat GISBH dengan aset berjumlah setengah juta ringgit dibekukan selepas dipercayai terlibat dalam eksploitasi kanak-kanak.

“Sehingga kini sebanyak 96 akaun melibatkan GISBH yang berjumlah RM581,552.31 telah dibekukan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA),” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button