BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Gadis dihempap balak semakin stabil, ada peluang pulih

GUA MUSANG – Gadis yang cedera parah akibat dihempap kayu balak di Persimpangan Utama Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini dilaporkan semakin stabil.

Abang mangsa, Mohamad Azwa Kamarulzaman, 28, berkata, adiknya, Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, yang sebelum ini ditidurkan menunjukkan perkembangan yang semakin baik.

“Alhamdulillah adik saya yang berada dalam pemantauan rapi petugas di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu
semakin stabil dan doktor memaklumkan ada peluang untuk dia sembuh.

“Organ dalaman dia juga baik-baik sahaja, syukur Allah jaga dia,” katanya menerusi platform TikTok miliknya semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari lori pengangkut ketika berhenti di lampu isyarat persimpangan itu.

Rakaman video menunjukkan detik-detik mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sini terperosok di bawah kenderaan dan dihimpit kayu balak.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kemalangan berpunca daripada ‘turn-table’ lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button