
Farid, Diana sah bercerai talak satu buat kali kedua
KUALA LUMPUR – Konflik rumah tangga pelakon Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila pasangan itu sah bercerai talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Lafaz cerai dilakukan Farid, 43, di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin selepas masing-masing bersetuju untuk bercerai dengan cara baik.
Sebelum ini, Farid dilaporkan berkata, bahawa dia tidak akan memujuk Diana lagi selepas segala usaha untuk menyelamatkan perkahwinan menemui jalan buntu.
Untuk rekod, pasangan pelakon terkenal itu pertama kali bercerai pada 10 Ogos tahun lalu, namun kembali rujuk selepas 21 hari.
Walau bagaimanapun, Diana, 33, memfailkan permohonan cerai buat kali kedua pada 4 November.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |