
Enam premis tidak berlesen, guna warga asing diarah tutup oleh DBKL
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan enam premis perniagaan di pusat membeli-belah Berjaya Times Square ditutup kerana beroperasi tanpa lesen yang sah dan dikendalikan oleh warga asing.
DBKL dalam kenyataan berkata, tindakan oleh Jabatan Penguatkuasaan itu dilakukan melalui satu operasi khas baru-baru ini.
“Hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak enam buah premis perniagaan telah dikenakan tindakan tutup serta-merta di bawah UUK Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016.
“Kesalahan adalah kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah serta dikendalikan oleh warga asing,” katanya.

Selain itu DBKL berkata, sebanyak lapan Notis Tawaran Kompaun Kesalahan telah dikeluarkan terhadap premis perniagaan tersebut di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.
“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.
“Sebarang aduan boleh disalurkan di pautan tertera seperti berikut. https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |