BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Enam parah dalam kemalangan bas SUK Negeri Selangor di Kelanang

SHAH ALAM – Enam parah dan 15 cedera ringan apabila bas Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira dua meter di Kampung Kelanang, Banting di sini petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang membawa 21 penumpang itu cuba mengelak sebuah motosikal.

Beliau berkata, bomba menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 1.07 petang dan menggerakkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting serta Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang.

“Bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian tiba pada pukul 1.18 petang.

“Kemalangan melibatkan sebuah bas milik Pejabat SUK Selangor dinaiki 21 individu dan sebuah motosikal Honda EX5,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Wan Md Razali berkata, penumpang terdiri daripada 15 wanita dari Mahkamah Selangor, enam lelaki dan seorang pemandu dan kelindan.

“Enam yang parah adalah dua lelaki dan empat wanita manakala 15 mangsa lagi cedera ringan.

“Kemalangan menyebabkan pemandu bas tersepit pada tempat duduk pemandu.

“Semua mangsa yang parah dianggarkan berusia 30-an hingga 40-an telah dibawa ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

“Setakat ini, penunggang motosikal dan motosikal gagal dikesan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button