BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Elak klik, muat turun aplikasi tidak dikenali

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) ke telefon pintar yang diterima melalui mesej, e-mel atau melalui platform seperti Google Play dan App Store.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, langkah berwaspada bagi mengelakkan risiko penggodaman untuk mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Ramli berkata, taktik tersebut dikesan masih banyak digunakan termasuk mesej jemputan perkahwinan yang mengarahkan mangsa untuk memuat turun APK tertentu yang mengandungi malware.

“Sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi itu, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ramli berkata, akses itu akan membolehkan penjenayah mencuri data milik mangsa sehingga dapat mengakses maklumat perbankan.

“PDRM percaya taktik itu menyasarkan mangsa dalam kalangan individu yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button