
Dua mayat wanita sudah kembung ditemui dalam kereta
BUKIT MERTAJAM – Mayat dua wanita berusia dalam lingkungan usia 20-an ditemui dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran taman perumahan Taman Sri Rambai, semalam.
Kedua-dua mangsa yang belum disahkan identiti itu ditemui dalam keadaan sudah berbau busuk dan kembung, dipercayai sudah meninggal dunia lebih lima hari.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, penemuan mayat wanita itu dimaklumkan oleh orang awam yang melalui kawasan berkenaan.
Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda dihantar ke lokasi untuk membuka pintu kereta yang berkunci.
“Pasukan penyelamat yang lengkap dengan pakaian PPE (pakaian perlindungan diri) membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.
“Terdapat dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta berkenaan yang kemudian pihak kita menyerahkan kepada polis,” katanya.
Bomba berkata, salah seorang daripada mangsa disahkan berasal dari Negeri Sembilan.
Mayat kemudian dihantar ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk dibedah siasat.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment