Jenayah & Mahkamah

Dua lelaki ditahan susulan video tular lepaskan ular sawa dalam longkang

SUBANG JAYA – Dua lelaki ditahan susulan penularan satu video semalam, yang menunjukkan beberapa individu melepaskan tiga ekor ular sawa ke dalam longkang di di Jalan Persiaran Putra Permai, Putra Heights, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya menerima aduan daripada Balai Polis Putra Heights semalam.

“Bersama pihak polis, kami memeriksa rumah mereka dan menemui seekor ular sawa batik yang masih hidup di sana,” katanya kepada portal NST, hari ini.

Ketika diperiksa, suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen pemilikan ular tersebut.

“(Susulan itu) Dua suspek ditahan kerana memiliki hidupan liar tanpa lesen yang sah di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan lanjut dijalankan,” katanya sambil menambah bahawa ular itu berukuran antara 3.5 hingga 4.5 meter panjang.

Tambahnya, suspek turut mengaku bahawa mereka individu yang dirakam dalam video tular tersebut.

“Ular itu akan dibawa ke Perhilitan Selangor untuk disimpan dengan selamat kerana ia dianggap sebagai bukti dalam kes ini,” katanya.

Semalam, pihak polis mengesahkan menerima laporan mengenai klip video tular tersebut, dan menambah, kejadian dirakam itu berlaku pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata laporan mengenai video tular itu dibuat di Balai Polis Putra Heights pada pukul 10.15 pagi, 3 Februari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button