
Diperdaya pelaburan Crypto, lelaki rugi RM2 juta
SHAH ALAM- Gara-gara terpedaya dengan tawaran lumayan melalui pelaburan kripto, seorang bekas pengurus syarikat swasta kerugian RM2.05 juta.
Lelaki berusia 59 tahun itu menjadi mangsa penipuan selepas terpengaruh dengan iklan di Facebook dan kemudian ditawarkan pelan pelaburan menjanjikan keuntungan 30 hingga 70 peratus dalam tempoh singkat.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang dimasukkan ke dalam kumpulan Whatapps telah membuat 41 transaksi pindahan wang ke 11 akaun berbeza melalui laman web ‘DIGZAX.COM’, bermula 29 Oktober tahun lalu sehingga 18 Januari lalu.
“Mangsa diyakikankan pelaburan itu boleh memberikan pulangan sehingga RM46 juta, tetapi semuanya berubah apabila dia diminta membuat bayaran tambahan untuk mengeluarkan keuntungan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Hussein, mangsa hanya sedar dirinya ditipu selepas menyedari wang tambahan yang diminta adalah sebahagian daripada taktik sindiket.
“Modus operandi suspek adalah menggunakan iklan pelaburan di media sosial untuk memperdaya mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa, terutamanya yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
“Sebarang panggilan atau tawaran yang mencurigakan boleh dirujuk kepada Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk semakan atau nasihat,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |