Jenayah & Mahkamah

Derhaka ibu: Polis tahan 3 beradik

SEREMBAN – Polis menahan tiga beradik lelaki semalam selepas disyaki mencederakan ibu kandungnya seperti dalam video yang tular di laman sosial beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, ketiga-tiga mereka yang berusia 17 hingga 29 tahun itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Port Dickson di sini pada jam 6.30 petang.

“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah, manakala ujian saringan air kencing adalah negatif. Ketiga-tiganya direman empat hari bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video “Derhaka Ibu” yang dimuat naik seorang pemilik akaun di Facebook berkaitan seorang lelaki yang melakukan kekerasan terhadap ibunya.

Sementara itu beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, polis dalam proses melengkapkan kertas siasatan dengan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan sebelum merujuk kepada pihak pendakwaan Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button