JENAYAH & MAHKAMAH

Lima lelaki ditahan gaduh guna topi keledar di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Polis menahan lima lelaki Melayu berusia antara 17 hingga 23 tahun susulan satu kejadian rusuhan melibatkan pergaduhan menggunakan topi keledar berhampiran Dataran Merdeka, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kejadian itu dikesan selepas satu video tular memaparkan beberapa individu bergaduh dan memukul antara satu sama lain.

Tangkap layar di aplikasi Tiktok video pergaduhan di Dataran Merdeka baru-baru ini.
Tangkap layar di aplikasi Tiktok video pergaduhan di Dataran Merdeka baru-baru ini.

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

“Kesemua suspek telah ditahan reman sehingga 5 Jun ini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, pihak polis memandang serius kejadian itu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang dan boleh mengancam ketenteraman awam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian agar tampil menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di 03-21159999, atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button