Jenayah & Mahkamah

Dalang kartel dadah terbesar Sabah dibicarakan hari ini

KOTA KINABALU – 11 suspek termasuk seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dipercayai mendalangi kartel dadah terbesar di Sabah dibawa ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, di sini pagi tadi.

Kesemua suspek yang memakai pakaian biasa dibawa menggunakan trak polis dan dilihat memasuki pekarangan mahkamah jam 8.20 pagi.

Sepasukan polis dari pelbagai unit termasuk dari Bukit Aman turut berkawal di luar dan mahkamah sebagai langkah kawalan keselamatan.

Dua sekatan jalan raya turut dibuat berhampiran simpang masuk ke mahkamah bermula jam 6 pagi.

Prosiding dijalankan di Mahkamah Sesyen 3.

Pendakwaan terhadap semua tertuduh difahamkan dilakukan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Media sebelum ini melaporkan, polis menahan ahli perniagaan bergelar Datuk itu dalam satu siri serbuan pada 25 Diesmber lalu.

Lelaki berusia 40 tahun itu turut menaungi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haramnya sejak tahun 2015.

Malah, sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button