Dadah: Pelawak popular ditahan di Jeddah jalani hukuman penjara 6 bulan
KUALA LUMPUR – Seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah, Arab Saudi pada Oktober lalu atas kesalahan dadah kini sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan.
Menurut sumber, hukuman berkenaan dijatuhkan semasa tempoh perbicaraannya pada November lalu, memetik laporan Sinar Online.
“Pada masa ini dia sedang menjalani hukuman penjara yang dikenakan di atasnya sebelum dibebaskan.
“Dia berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik. Berdasarkan hukuman penjaranya dia dijangka akan selesai pada April ini,” katanya memetik laporan Sinar Harian.
Sebelum ini, media melaporkan Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi.
Sejak penahanannya, pihak Kedutaan Besar Malaysia dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memberikan bantuan konsular kepada warga Malaysia terbabit.
Pelawak itu dipercayai ditahan di Lapangan Terbang Jeddah oleh pihak berkuasa Arab Saudi.
Difahamkan, pelawak berkenaan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya, namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






