Jenayah & Mahkamah

Cubaan warga Bangladesh menyamar sebagai pasukan kriket gagal

Cuba menyelinap dengan berselindung di sebalik nama kejohanan sukan

SEPANG – Cubaan 15 lelaki warga Bangladesh membolosi pintu masuk Malaysia dengan menyamar sebagai pasukan kriket gagal apabila penyamaran mereka itu berjaya dihidu pihak berkuasa, hari ini.

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) dalam kenyataan satu berkata, kumpulan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan lengkap berpakaian seragam sukan serta mengemukakan surat penganjuran kejohanan yang didakwa mendapat sokongan Persatuan Kriket Pulau Pinang.

“Namun, hasil semakan mendapati dokumen itu palsu.

“Tiada sebarang kejohanan kriket dijadualkan berlangsung pada tarikh dinyatakan dalam surat berkenaan, iaitu 21 hingga 23 Mac,” kata kenyataan itu.

Lebih mencurigakan, pasukan berkenaan menghubungi seorang individu yang didakwa sebagai penaja dan penjamin mereka.

“Namun, individu terbabit menafikan dirinya sebagai penaja serta mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai kejohanan kriket berkenaan,” tambah kenyataan itu lagi.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada bukti kukuh mereka adalah pemain kriket profesional, sebaliknya dipercayai sebahagian daripada sindiket yang cuba menyalahgunakan identiti sukan untuk memasuki Malaysia atas tujuan lain.

AKPS kemudian memutuskan untuk mengeluarkan Notis Tidak Dibenarkan Mendarat (NTL) terhadap kumpulan itu, dan tindakan lanjut akan diambil mengikut peraturan imigresen yang berkuat kuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button